Menu
Perakam DVD Perakam DVD KendiriUnit-unit awal hanya menyokong DVD-RAM dan DVD-R, tetapi unit-unit terkini boleh merakam semua format utama DVD-R, DVD-RW, DVD+R, DVD+RW, DVD-R DL dan DVD R+DL. Sebilangan model kini mempunyai cakera keras bagi memudahkan penggunaan. Perakam DVD kendiri umumnya mempunyai perisian perisian pengarangan DVD terbina dalam yang asas; bagaimanapun, hasil DVD itu adalah amat asas dan biasanya di bawah kawalan unit itu sepenuhnya.
Sebilangan orang percaya bahawa perakam DVD akan menggantikan VCR sebagai standard bagi peranti rakaman televisyen; akan tetapi dengan perkembangan teknologi, pada 2009 Panasonic memperkenalkan perakam Blu-ray pertama di dunia yang berupaya merakam kedua-dua cakera DVD dan Blu-ray dan juga mempunyai penala televisyen satelit berdefinisi tinggi. Setahun selepas itu, Panasonic memperkenalkan Perakam Blu-Ray dengan penala televisyen definisi tinggi terestial.
Perakam DVD mempunyai beberapa kelebihan teknikal berbanding VCR, termasuk:
Bagaimanapun, terdapat satu kesulitan di mana DVD yang dirakam dengan perakam DVD mesti diselesaikan untuk melihat dengan pemain DVD lain. (Kekurangan ini tidak ada pada cakera DVD-RAM atau DVD+RW, yang tidak perlu diselesaikan kerana bersifat "capaian rawak".) Pelaksanaan mampatan MPEG-2 juga yang digunakan pada kebanyakan perakam DVD kendiri adalah dikehendaki untuk memampatkan data gambar dalam waktu nyata, membuatkan hasil yang dikehendaki tidak setaraf dengan standard profesional yang boleh mengambil masa berhari-hari untuk mampatan.
Di negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat, di mana negara-negara ini telah beralih ke siaran digital dan perakam DVD dilengkapi dengan penala televisyen digital, keperluan untuk mengekodkan semula video kepada MPEG-2 sudah tidak diperlukan. Bagaimanapun, pengekodan semula masih lagi diperlukan jika strim video tersebut tidak patuh DVD (DVD-compliant).
Kini pembuat telah menggabung perakam DVD dengan perakam video digital berasaskan cakera keras, membenarkan untuk rakaman ke cakera berkapasiti besar, dan keupayaan untuk melihat rakaman ini dari cakera keras kemudian.
Menu
Perakam DVD Perakam DVD KendiriBerkaitan
Perakam Perakam pita Perakaman dan pengeluaran semula bunyi Perakam DVD Perakam suara kokpit Perakam sinaran matahari Campbell-Stokes Perakaunan Perakaunan FIFO dan LIFO Perakaunan pengurusan Perkampungan nelayanRujukan
WikiPedia: Perakam DVD http://elabz.com/laser-diode-power-output-based-on... http://www.osta.org/technology/dvdqa/dvdqa4.htm